Eylizar Homestay Langkawi di Pekan Kuah menawarkan berbagai tawaran Pakej percutian murah di sekitar pekan Kuah spt Homestay,Apartmemt Kolam Renang,Kondominium, kereta sewa dan juga pakej Rombongan group. Whatsapp: 019-5640251/017-4256796
Saturday, December 28, 2013
Pertandingan Muay Thai di Langkawi Tarik Pelancong
Pertandingan Muay Thai di Langkawi Tarik Pelancong tempatan dan juga luar negara. Pertandingan ini yang baru di Rasmikan Oleh YB.Mohamad Rawi Bin Hamid menjadikan Langkawi salah satu tempat pertandingan sukan lasak ini. Pertandingan ini bermula pada 27hb Disember dan berakhir pada 28hb Disember 2013 adalah satu acara penutup untuk tahun 2013 ini. Di sampng itu juga pihak LADA memainkan peranan penting dengan menyokong penuh demi memajukan industri pelancongan di Langkawi.
Pihak penganjur sukan Tomoi ini akan menganjurkan juga pertandingan tomoi peringkat antarabangsa pada tahun depan iaitu 2014 dan di ramalkan ramai lagi peserta daripada dalam negara dan juga negara luar akan bertanding. Sebanyak 6 pasangan yang bertanding malam tadi dan akan bersambung lagi pada malam esoknya.
Jika anda berada di Langkawi ketika ini datanglah beramai-ramai esok untuk menyaksikan pertandingan lagi 5 pasangan yang lebih rancak menampilkan peserta luar negara dan juga dalam negara kita.
Harga tiket hanya RM25 sahaja.
lokasinya: Komplek sukan Langkawi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment