Pakej Island Hopping

Pakej Island Hopping-Eylizar Homestay Langkawi

Salam 1 Malaysia ,


Buat semua yang membaca blog saya ini serta yang tengah merancang ke Langkawi sebagai destinasi Percutian anda mahupun keluarga anda. Disini saya ingin cerita sikit berkenaan Pakej Langkawi Island Hopping yang saya tawarkan kepada anda semua.

Ok... kebanyakan Island Hopping ini kita terpikir mana nak pegi...macam mana?mahal ke? disini saya ingin terangkan sedikit..Pakej yang saya tawarkan ini bermula di Jetty Pelancongan berdekatan Pekan Rabu Langkawi di Pekan Kuah. Untuk tahu lebih lanjut pakej ni ..jom layan cerita saya semasa saya pergi dengan family saya...di bawah ni..

Tasik Dayang Bunting

Gambar Masa Senja

Gambar yang di ambil dari Atas 


Pelantar di Tasik Dayang Bunting

Pulau Beras Basah


Ini dia signboard yang mula-mula nampak di pulau ini...


Pantainya cantik...boleh mandi manda kat sini..no problem punya

Pasti enjoy punya...rugi kalau tak pegi....

Seterusnya kita akan pergi ke Pulau Singa Besar Pulak...let go>>>>


Pantai bersih sama jer macam Pulau beras basah


Jetty Pelancongan sebelum berlepas




Cik Zakaria..boatman kami


Anak-anak memang best naik bot ni..lagi laju lagi best...hee

Ni adalah pulau-pulau di sekitarnya..batu kapur



ini adalah jetty Pulau Singa Besar di mana kami salah satu aktiviti iaitu Eagle Feeding atau beri makan helang..beratus helang turun menyambar makanan berdekatan boat anda..fuhhhh sempoi..

Ha...itu pula Jetty Pulau Beras basah..disitu la kami nak buat aktiviti beri makan ikan atau fish feeding..pantainya memang bersih dan mandi pun best...



Beribu ikan berada di bawah bot kami...

Anak saya sampai excited habis...



Wife saya Eylizar pun sampai excited sama tapi kami bawa pop corn saja..tu pun ikan tu bedal sampai habis..




Ni la pantai Pulau Beras basah..pantainya putih dan bersih..disini juga ada satu telaga air tawar hanya berdekatan pantai...ciptaan tuhan..



Anak-anak ni habis best la kalau bolej main tepi pantai..segala jenis di kutip..



Mandi laut memang best ..teringin juga tengok anak-anak mandi..gambar tak upload la..malu ehh berumur nampak mandi laut...


Ni anak saya yang kecil...Aiman Danial


Ha nampak tak banana boat tu...kebetulan air surut nak naik tak bolehlah..mungkin lain kali boleh try..

Kalau nampak di depan tu Boat House...tempat disediakan peralatan laut seperti snorkeling set dan life jacket..dedepan sebelah kanan sana ada karang boleh la snorkeling..sikit2

Ni pula signboard bila mula-mula cecah kaki ke Pulau ni..




Di depan tu la kawsan coral..nampak tak yang black spot tu...


Di nasihatkan anda bawa bekal sendiri bila ada di pulau Beras Basah ni bolehlah picnic dengan keluarga..boleh guna meja ni...kalau nak beli disini mahal..so bawalah bekal sendiri...











Ha..ni pula anak perempuan saya..sorang saja perempuan so..dia join ibu dia la..







Ni pula anak sulung saya..Imran Najmie..on the ke Pulau Dayang Bunting pula..jom..










Ini gambaran daripada laut dimana anda lihat bukit bukau itu seperti seorang perempuan yang sedang tidur, kepalanya,dada dan perutnya yang mengandung..disitu la Pulau Dayang Bunting...

Dalam perjalanan ada pulak geng jet ski sertai kami sama..mereka semua daripada pantai cenang bawak mat salleh 2-3 orang..







Ha kat depan tu jer ..jetty Pulau Dayang Bunting...tak sabar dah ni..

Inilah jetty pulau dayang bunting...jauh juga nak berjalan kesana..kalau yang berumur ada sakit lutut tu dinasihatkan boleh stay kat jetty atau pondok di bawah sana.




Ni geng jet ski tadi ler ...baru sampai..




Monyet paling banyak kat sini..so hati-hati sikit jangan genteng benda makanan nanti di sambarnya..anak saya pegang makanan terus dia loncat naik atas badan dan sambar makanan tu...apa tak nya saya pun cuak jugak...menangis anak saya..syukur tak digigitnya..jadi dengar pesan saya makanan simpan didalam beg ...jangan beri makanan pada monyet-monyet ni ..sekali bagi makan dia akan terus dekat pada anda...



Ini la tangga yang saya maksudkan...kena menapak untuk ke Tasik dayang bunting ni..tinggi jugak..tu la macam saya kata tadi kalau ada orang yang berumur boleh rehat di ponok yang disediakan...

Ok..ni pulak kena turun ke tasik...ada monyet mengganggu bertempiaran lari...berbekalkan tuala aku libas jer kena kepala monyet tu..lari habis...




bot ini boleh sewa..kayuh sekeliling tasik..aku tak naik pun..mandi jer

Air tasik ni dalam dan nampak seram..so mandi di pool yang disediakan ni...best juga..


Ha itu ada pelancong sewa...luas juga tasik ni..

Di fahamkan tasik ini ada lagendanya sendiri...Sesiapa yang tak mempunyai anak dan berhajat inginkan anak bolehlah minum air tasik ni...tapi jangan percaya dengan tasik ni tetapi percayakan Allah Taala..kita berdoa ajer..kan

Cerita terbaru yang saya dengar ada sepasang mat salleh ni dah kahwin 5 tahun tak de anak..so orang tempatan kita cakap lagenda tu la...lalu mat salleh tu pun cuba...diizinkan Allah yang Maha Esa..mat salleh tu dikurniakan anak dan datang ke Pulau Langkawi setiap tahun dan ke Tasik ini.










Banyak kawan-kawan saya pernah dive disini...dasarnya banyak rumput yang panjang..dan juga banyak duit siling dan juga cincin..mungkin orang lepas hajat kot...


Menghala balik lepas penat mandi manda


Pondok rehat ni la yang saya maksudkan...time cuti sekolah memang full la tempat ni..saya datang masa hari biasa so tak banyak sangat pelancong


Memang hairan pasal tasik ni...tebing tasik dengan air laut..dan pulau ini di kelilingi laut ..tetapi airnya masin...

Ini bot besar untuk 20 orang...kalau anda datang rombongan pihak kami juga ada sediakan bot sebegini..




Selamat kembali..memang best trip ni..cuma 4 jam tapi berbaloi dengan experience yang kami dapat dan sharekan dengan anak-anak kami...anda juga boleh sharekan dengan anak2 anda serta keluarga anda... 




Jadi untuk pakej Island Hopping ni masanya adalah selama 4 jam saja.

Harga Pakej  Island Hopping Langkawi untuk ke 3 buah Pulau ini..

RM 320 untuk Private Boat (8-10 paxs)
RM 40 per person untuk pakej Sharing Boat -10 paxs

Semua Tetamu Eylizar Homestay selalu booking yang ni..pasal diaorang datang dengan family 10 orang so yang penting Customer Happy. Kalau datang Langkawi tak join trip ni maka tak lengkap la...

Kena try ...best ni ..naik bot laju...guide bot semua best-best dan sporting.

kalau nak Booking Call Saja 
017-4256796  LIZA
email :langkawihomestay490@gmail.com

Untuk lebih lanjut pasal Homestay,Apartment ,rest house,motel klik kat bawah ni...

<<<<<<<<<Eylizar Homestay Langkawi>>>>>>>