Saturday, April 11, 2015

Muzium 3D Langkawi Amat Menakjubkan

Minggu lepas kami sekeluarga telah pergi ke Muzium 3D di Langkawi dan ianya amat menakjubkan dengan lukisan yang menarik dan mempesonakan. Lukisan yang dihasilkan memang begitu luar biasa boleh dikatakan ianya seperti hidup. Berbaloi dengan apa yang di bayar dan ianya bagus untuk anak-anak kami. Jadi saya rekomenkan kepada sesiapa yang bercuti di Pulau Langkawi ni bolehlah pergi dengan keluarga anda ke Muzium 3D disini. Bagi warganegara Malaysia bolehlah dapat harga special dan perlu lampirkan kad pengenalan atau mykid kepada mereka. 

# Pesanan saya bawalah camera yang bagus untuk mendapatkan gambar yang berkualiti.





Inilah serba sedikit gambar yang saya ambil bersama anak-anak saya di dalam Muzium 3D di Langkawi. Diharap anda akan mempunyai kenangan yang menarik di sana. Lokasinya ialah bersebelahan Langkawi Cable Car atau Kereta Kabel Langkawi.