Sunday, February 8, 2015

Tempat Makan Paling Sedap di Langkawi Waktu Malam

Selamat bersua kembali, disini saya ingin share dengan anda semua salah satu Tempat Makan Paling Sedap di Langkawi Waktu Malam yang telah saya pergi dan merasa sendiri bersama keluarga saya baru-baru ini. Berikut saya sertakan serba sedikit gambar untuk di kongsi bersama..






Kena pakai tukul besi ini untuk memecahkan kulit ketam tersebut (Ketam Nyioq)

Chef ataupun ownernya bernama Zakaria atau pun Z panggilan mesra..beliau ini salah seorang rakan saya seorang bikers juga..yang sama-sama kerja di hotel yang sama suatu masa dulu ..beliau menjaja hanya menggunakan van kecil dan beliau menyediakan makanan yang famous seperti Char Kuey Teow Ketam Sekoq, Nasi Goreng Ikan Sekoq dan bermacam lagi. Tapi diantara itu yang paling famousnya ialah Char Kuey Teow Ketam Sekoq, ini kerana saiz ketamnya yang besar dan sedap. Jikalau anda penduduk Langkawi mahupun pelancong yang ke Langkawi bolehlah pergi ke gerai beliau.

Lokasi Gerai beliau adalah bersebelahan jalan sahaja dan melalui Jalan Ayer Hangat, berhadapan dengan Pejabat KEDA Langkawi, berdekatan dengan IPP Langkawi dan berhadapan dengan Pusat Giat Mara Langkawi.

Waktu operasinya adalah di waktu Petang hingga Larut Malam, jikalau anda lalu di jalan ini anda akan nampak satu-satunya gerai ditepi jalan di kawasan itu. Tempatnya pun senang nak meletak kenderaan dan suasananya pun best dengan angin malam.

Jadi sesiapa yang nak try bolehlah datang...