Tuesday, September 30, 2014

Homestay Langkawi 3 Bilik Berdekatan Idaman Suri Pekan Kuah

Ini adalah Homestay Langkawi 3 Bilik Eylizar Berdekatan Idaman Suri Pekan Kuah. Ianya hanya 50 meter jarak ke Komplek membeli belah yang terkenal itu. Homestay ini juga memang berada di lokasi pekan jadi ianya juga berdekatan dengan Stadium Langkawi dan komplek Hj.Ismail Group atau HIG juga hanya lebih kurang 1 kilometer sahaja.


Homestay yang di beri nama Teratak 7 ini dilengkapi 3 bilik tidur dan satu bilik air. Di lengkapi juga 2 unit aircond untuk 2 buah biliknya manakala bilik ketiga hanya di lengkapi kipas siling. Homestay ini juga di lengkapi dapur untuk memasak dan segala kelegkapan lain.

Untuk lebih detail boleh klik link di bawah:




Friday, September 26, 2014

Cabaran IronMan Langkawi Malaysia Challenge 2014

Esok 27/9/2014 adalah cabaran Event IronMan Langkawi Malaysia Challenge 2014 bermula seawal pagi dengan berenang berhampiran Jeti feri Langkawi. Event ini mengetengahkan bakat-bakat baru peserta Malaysia dan juga peserta daripada berbagai negara. 


Saksikan Youtube di bawah: 



Untuk lebih detail bolehlah klik di bawah:



Saturday, September 20, 2014

Puncak Tertinggi Gunung Raya di Langkawi Malaysia


Inilah puncak tertinggi iaitu Gunung Raya di Langkawi Malaysia dengan ketinggian 881 meter. Ia terletak di tengah pulau Langkawi. Gunung ini dilindungi dengan hutan hujan tebal yang penuh dengan flora & fauna yang menakjubkan. Rizab hutan merebak di kawasan seluas lebih 5000 hektar. Anda boleh menaiki ke puncak dengan memandu terus kenderaan anda keatas puncaknya.

Perjalanan anda perlu mengambil jalan sempit berliku-liku Jalan Gunung Raya yang bermula dari persimpangan Jalan Ulu Melaka . Jalan ke puncak akan melalui hutan yang tebal, bagaimanapun pemanduannya mudah kerana kecerunan tidak terlalu curam. Tetapi berhati-hati dengan kenderaan yang datang, terutamanya semasa giliran kereta. Ia mengambil masa kira-kira 25 hingga 30 minit untuk sampai ke puncak dengan kereta dari kaki bukit.  

  Di waktu siang anda boleh melihat banyak haiwan dan kehidupan burung seperti lotong, monyet beruk, helang seperti helang gunung & helang laut, burung enggang yang besar, burung enggang besar adalah burung terbesar di Langkawi dan boleh mengukur sehingga 1.3 meter dari paruh ke hujung ekor. Jadi kepada semua tetamu Eylizar dan juga pelancong lain bolehlah mendaki puncak Gurung Raya ini bila berkelapangan sambil menikmati keindahan sekitar Pulau Langkawi Malaysia di atas menara dengan pandangan 360 darjah.

Thursday, September 18, 2014

Usahawan Online Berjaya di Pulau Langkawi Malaysia

Hanya bermodalkan RM100 kini Eylizar sudah terpilih diantara Usahawan Online yang Berjaya di Pulau Langkawi Malaysia. Perniagaan kami yang semakin mendapat sambutan daripada seluruh rakyat Malaysia serta luar negara membuatkan pihak kami berusaha untuk memberikan lebih banyak lagi pakej-pakej untuk di tawarkan dimasa hadapan.

Terima kasih tak terhingga buat syarikat Google Malaysia yang mempercayai Eylizar dengan memberikan ranking yang tinggi serta visitor yang banyak untuk kesemua blog kami. Boleh dikatakan jika anda membuat carian berkenaan langkawi atau penginapan di langkawi blog kami akan berada di ranking first page. Kami sangat bersyukur memandangkan kami memang berharapkan 100% online untuk bisnes kami. Engine carian Google adalah salah satu engine carian yang paling popular di Malaysia dan serata dunia kerana membekalkan maklumat carian yang terbaik untuk semua pengguna. Denagn itu pihak SKMM dan MCMC telah memilih eylizar sebagai salah satu usahawan online yang berjaya di Pulau Langkawi. Diantara blog kami yang lain adalah seperti:

http://langkawihomestays.com/

http://lgkrentalcar.wordpress.com/

Dan antara laman sosial kami yang boleh anda semua ikuti adalah seperti:

https://www.facebook.com/EylizarHomestay

https://twitter.com/Eylizar

http://www.pinterest.com/eylizar/


Berita tentang kami telah pun keluar di semua akhbar tempatan seperti My Metro , Berita Harian, Utusan Malaysia, Kosmo pada 14 September 2014 yang lalu.

Ini membuatkan kami lebih diyakini dikalangan pengguna yang memerlukan pakej penginapan mengikut bajet yang sesuai. Program inap desa yang kami tawarkan memanglah berbaloi disertakan dengan pakej kereta sewa pandu sendiri,pakej rombongan dan berbagai pakej lain untuk di pilih. 

Siapa kata perniagaan Online tak boleh berjaya? Ianya perlukan kesabaran dan sikap jujur dalam menguruskan sesuatu perniagaan yang anda ceburi. Pengalaman saya selama lebih 20 tahun didalam bidang perhotelan membuatkan ianya senang dan mudah untuk saya berurusan dengan semua customer saya. Di samping itu juga isteri saya juga banyak membantu daripada segi reservation atau  menerima tempahan daripada semua customer kami. 

Nasihat saya jika anda ingin membuka sesuatu perniagaan online pastikan anda mempunyai minat terhadap perniagaan yang akan anda lakukan.





Pakej Murah Penginapan 40-44 paxs di Langkawi

Dapatkan Pakej Murah Penginapan 40-44 paxs di Langkawi bersama Eylizar pastinya berbaloi dengan percutian anda disini. Pihak kami menyediakan pakej-pakej termasuk penginapan untuk rombongan seperti Homestay, Apartment lengkap kolam renang , budget motel, kereta sewa, bas persiaran, tiket feri, hotel dan bermacam lagi pakej yang di tawarkan. Kami menyediakan pakej penginapan untuk rombongan pelajar, IPTA, swasta dan juga kakitangan kerajaan.

Antara pakej kami adalah seperti:




untuk lebih detail boleh klik link di bawah:


Hubungi kami untuk keterangan details:

0174256796 /0194456796 
whatsapp: +60195640251 

Puan Liza.



Sunday, September 7, 2014

Mana Nak Cari Kedai Makan Sedap Dan Murah Di Pekan Kuah Langkawi?

Mana Nak Cari Kedai Makan Sedap Dan Murah Di Pekan Kuah Langkawi? itulah pertanyaan yang selalu bermain di fikiran setiap pelancong yang baru menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi ni. Jadi disini saya nak share sikit apa yang boleh di katakan salah satu kedai makan yang sedap dan murah yang selalu kami kunjungi untuk sarapan dan juga makan tengahari.

Nama kedai makan ini ialah Kedai Pak long (Tuannya kami panggil Pak Long) dan lokasinya juga di hadapan bangunan Plaza MARA di langkawi. Kalau anda datang daripada Jeti Feri Kuah, jumpa jer traffic light yang pertama yang ada saat tu belok kanan. Kedai dia berdekatan tarffic light tu. Di kedai makan ini disediakan makanan untuk sarapan pagi siap dengan roti canai,nasi lemak. Manakala untuk tengahari pula disediakan banyak lauk pauk. Kalau orang langkawi kedai ni dah famous dah banyak kakitangan kerajaan dan orang awam serbu tempat ni.





Gambar yang mula-mula tu la Pak Long dan gambaran kedainya. Kalau nak nombor telepon boleh tengok banner gambar tu ada nombor beliau. Manalah tahu nak booking table ke atau nak pesan makanan.

So saya harap sedikit sebanyak dapat membantu pihak anda semasa percutian di pulau langkawi bagi mencari kedai makan sedap dan murah di Pulau Langkawi.




Wednesday, September 3, 2014

Pakej Murah Rombongan Ke Langkawi Budget Motel Pekan Rabu

Dapatkan Pakej Murah Rombongan Ke Langkawi Budget Motel Pekan Rabu, Pekan Kuah bagi pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar universiti, syarikat swasta serta syarikat Travel agent di seluruh negara. Kemudahan yang kami sediakan termasuklah tempahan tiket feri ke langkawi daripada Kuala Perlis atau Kuala Kedah. Bas Persiaran murah bersama pemandu pelancong atau tour guide dan pilhan penginapan berbagai jenis bersama kami di langkawi mengikut bajet anda semua.

Untuk makluman pihak anda ini adalah budget Motel (A) Terbaru bagi pakej yang kami tawarkan iaitu di Pekan Rabu Langkawi dan harganya sedikit berbeza daripada budget motel yang sebelum ini.


Pakej Rombongan Budget Motel (A) untuk 44 Orang Pekan Rabu Kuah Langkawi (3H2M) termasuk:

* Tiket Feri Kuala Perlis/Langkawi pergi Balik
* Bas Persiaran + Tour Guide
*penginapan Budget Motel di Pekan Rabu Kuah langkawi
* Mangrove Tour Geopark (1hr)

Harga Pakej : RM 6160 (Hanya RM 140 seorang)

Note: Pakej ini tidak termasuk tiket lawatan dan makan di langkawi.


Sila hubungi kami terus untuk berbincang dengan lebih lanjut pakej yang anda perlukan untuk percutian rombongan anda di Pulau Langkawi.

0174256796 / 0194456796 
whatsapp: +60195640251

Puan Liza