Friday, January 31, 2014

All Accommodation in Langkawi Fully Book for Chiness New Year 2014


As you know that school holiday for this season is high all Eylizar Accommodation in Langkawi Fully Book for Chiness New Year 2014. Most of our customers is book earlier as one month before. We also received last minute call a week before chiness new year and it very difficult now to get last minute deal.

All our accommodation such as homestay, apartment, car rental and all our package is fully book. We also provide extra rooms and within 1 day it also book. Now all of you should know that homestay is popular now and most of Malaysian Citizen like to stay than hotel or motel. Now people trend is like to holiday with a big family which is more save and cheap.

Thank to all Malaysian Citizen who are give big support for Eylizar and good positive comment. We try our best to get more accommodations this year so everybody can holiday in langkawi island. This year is good year for us and we will run like a Horse (year of horse) so far now we are registered as Travel Agent in Langkawi as (Eylizar Holidays Sdn.Bhd).

Lastly we like to Wish Happy Chiness New Year 2014 for All Malaysian Citizen hope Year OF Horse will bring you all Good Luck.

Sunday, January 26, 2014

Grab Cheap Package Holidays Island Hopping During Chinese New Year 2014

Dayang Bunting Island @ Pragnent Maiden Island

Get cheap island hopping package with us to explore the three islands in Langkawi with a 4 hour boat ride . The three islands are like big Lion Island where you can do activities like feeding the eagles where you will see hundreds of eagles swoop food provided . Island in turn is serving a Wet Rice Island white beach and crystal clear sea water is suitable for bathing swimming and playing around white beaches . At the same activity feed the fish on the pier is also very fun .


Beras Basah Island @ Wet Rise Island

Fish feeding at beras basah island  jetty..


Next you are brought to the island of Dayang Bunting is full of legends and mystery . Island where told that there was a mysterious white alligators that inhabit the lake (but not sure just story we heard) . The saying also that if your child is appropriate requires happily swimming in the lake to drink some water and then with the blessing of God may you grace . Cheap island hopping package is one of the activities that you should do while on the island of Langkawi and very wasteful if you do not explore the beauty of these islands .

Here come cheap island hopping package price is :

Kuah Jetty : RM 40 perperson (sharing Boat)
                   RM 320 Chartered boat for ( 8-10 persons)
                   RM 350 Chartered boat for ( 11-12 persons)
                   RM 450 Chartered boat for (20 persons)

Cenang Jetty : RM 35 perperson (sharing boat)
                       RM 320 Chartered boat for ( 8-10 persons)
                       RM 350 Chartered boat for ( 11-12 persons)

We also organize for big group 20 paxs - 40 paxs over.

Please contact us for earlier booking;
017-4256796 Pn.liza

Thank you and Happy Holiday 2014 during Chiness New Year from Eylizar Homestay Langkawi.
                   

Wednesday, January 22, 2014

Lokasi Pusat Bandar Kuah Langkawi, Malaysia



Ini adalah Lokasi Pusat Bandar Kuah Langkawi, Malaysia. Disini terletaknya tempat membeli belah murah dan bank-bank seperti CIMB,MAYBANK,RHB dan juga PUBLIC BANK. Jadi jika anda semua datang daripada Jeti Kuah lokasi Pusat Bandar ini berada di sebelah KANAN anda selepas Pekan Rabu Langkawi.
Kalau anda tengok khemah yang putih tu semuanya menjual barangan murah dan di buka pada waktu petang dan full day pada cuti sekolah ianya berdekatan dengan Bayview Hotel Langkawi dan disini juga terdapat Stesen Teksi untuk memudahkan anda. Anda bolehlah meninggalkan kereta dan berjalan disekitarnya. Kalau anda lihat bangunan kedai tu memang banyak disini..bermacam barangan ada dijual nak sebut nanti banyak sgt la pulak...
Ha...untuk pengetahuan anda semua juga..kalau dilihat ditepi laut tu ..dimana Menara Pekan Kuah, Langkawi akan dibina..mungkin sama macam Menara di Alor Setar kot..nanti lepas ni kalau siap bolehlah anda semua menikmati pemandangan laut serta langkawi dengan lebih cantik.

Jadi selamat bercuti di Langkawi dan bershopping di Pekan Kuah.





Tuesday, January 21, 2014

Kena Beli Minyak Gamat Asli Langkawi


Jikalau anda di Langkawi benda yang kena anda beli dan bawa pulang ke tanah besar ialah Minyak Gamat asli ni. Langkawi mempunyai banyak spesis Gamat segar yang terdapat di perairannya.
Salah satu kedai minyak gamat yang tersohor di Langkawi ni adalah Nusantara Gamat Langkawi di antara salah satu tempat yang paling top sekali untuk mendapatkan minyak gamat asli di langkawi.

Nusantara Gamat Langkawi ini terletak di tepi highway saja dan anda akan nampak replika botol minyak gamat besar daripada pandangan ketika memandu. Jikalau anda memandu daripada highway Pekan Kuah ke Langkawi Airport kedainya terletak di sebelah kiri jalan. 


Ha.. itu dia..jangan pulang tanpanya. Beli minyak gamat buat cenderahati kat jiran-jiran korang dan juga adik beradik jangan takut tak de expired date ..so boleh simpan lama-lama.
Yang ni pula di panggil Ibu Gamat...sudah dikeringkan dan ianya juga boleh digunakan untuk perubatan.

Untuk menghasilkan minyak gamat kena la masaknya dulu..barulah dapat patinya...anda juga boleh lihat tempat memasak gamat hanya bersebelahan dengan kedai utama mereka...

Selain itu juga produk gamat ni bukan saja pada minyak gamat tetapi banyak lagi produk gamat seperti Sabun Gamat, krim gamat,bedak resdung,kopi tongkat ali gamat,bam kanak2,sabun susu beras,air rebusan akar kayu,krim rambut kelapa dara&gamat,syampoo limau purut dan bunga telang,gel gamat serta banyak lagi produk yang terdapat di situ.

Jadi jika anda nak order online ataupun ada sebarang pertanyaan boleh layarinya disini 

Jom Singgah Pantai Pasir Hitam Langkawi

Inilah Pantai Pasir Hitam di Pulau Langkawi, Malaysia. Pantai Pasir Hitam di beri nama kerana pasirnya yang berwarna hitam boleh di katakan di seluruh pantainya dan berbeza dengan pantai-pantai yang lain di seluruh pulau Langkawi ni.
Menurut cerita dongeng duu-dulu ada seorang nelayan jatuh cinta dengan seekor ikan duyung dan menetap disitu tetapi si pemuda ini memungkiri janji yang membuatkan ikan duyung tersebut menyumpah pantai tersebut menjadi hitam sampai ke hari ini.

Namun hakikatnya hasil kajian mengatakan bahawa pantai pasir hitam ini disebabkan oleh campuran Mineral dan komposisi tanah yang terdapat di pantai itu ialah campuran granit dengan deposit lurmalin, ilmenit dan zircon.


Berdekatan situ terdapat satu jeti nelayan yang masih lagi di gunakan oleh penduduk tempatan. Pantai Pasir Hitam ini terletak 19 km di Utara Pekan Kuah. Pasinya yang berwarna hitam ini akan berkilau bila di waktu tengahari dengan menghasilkan pemandangan luar biasa dan menakjubkan. Di sekitarnya juga terdapat gerai-gerai menjual cenderamata dan juga kedai makan.

Jadi jika anda semua bercuti di Pulau Langkawi boleh datang melawat di sini untuk melihat sendiri pantainya.

Owner Homestay Munirah Melaka Bersama Eylizar di Langkawi


Baru-baru ini Owner homestay & Chalet Munirah iaitu Cikgu Mashitah serta keluarganya daripada pengusaha Homestay di tepi Pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka telah menginap di salah satu penginapan Eylizar di Langkawi selama 3H2M iaitu di Teratak Eylizar 1 beserta kenderaan. Cikgu Mashitah dan keluarganya amatlah peramah dan mesra sekali. Mereka juga telah mengikuti pakej Island Hopping Eylizar, melawat tempat-tempat menarik di langkawi dan membeli belah di langkawi.
Ini pula adalah salah satu chalet @ shalet tepi pantai yang disediakan oleh Homestay Munirah di Pengkalan Balak, Melaka.

Menurut Cikgu Mashitah mereka tiada blog jadi sebagai Muslim juga sesama pengusaha homestay ni saya nak tolonglah mempromosikan penginapan yang beliau sediakan untuk anda semua. Seperti yang saya lihat disini penginapan beliau amatlah selesa,murah dan berpatutan.

Menurut Cikgu Mashitah homestay serta chaletnya banyak sekali menerima tempahan tetamu yang datang daripada Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain juga. Mereka menyukai lokasi homestay Munirah ini kerana ianya amat berdekatan dengan laut. Boleh di katakan homestay & Chaletnya menghadap kearah laut. 

Jadi kepada sesiapa yang nak mencari homestay ataupun shalet berdekatan pantai..maka inilah jawapannya. Jadi kalau di lihat pada banner tu ada terdapat nombor telepon beliau. Kalau nak lebih detail lagi bolehlah melayari 

Jika anda semua bercadang untuk bercuti ke Melaka dan memerlukan penginapan homestay @ shalet berdekatan pantai bolehlah terus menghubungi Munirah Homestay Melaka.

Cikgu Mashitah (Anak): 013-6277948
        Cikgu Aisyah (Ibu): 017-6303613

Setulus kata daripada pihak kami, Terima kasih buat Cikgu Mashitah sekeluarga kerana memilih Eylizar Homestay di Langkawi sebagai destinasi percutian anda semua. Insyaallah jika kami bercuti ke Melaka, kami akan menginap di Homestay Munirah. :)

Sunday, January 19, 2014

Langkawi Island Map Info


Berikut saya sertakan Langkawi Map sebagai info panduan arah serta tempat menarik untuk anda lawati semasa berada di Pulau Langkawi.
Harap dengan adanya Langkawi Map ini dapat memberikan sedikit sebanyak untuk anda pandangan tentang tempat menarik di Pulau Langkawi. Juga terdapat lokasi pulau -pulau yang terdapat di sekeliling pulau langkawi.

This video is about Langkawi island

Friday, January 17, 2014

Homestay di Langkawi Yang Paling Top dan Laris


Eylizar Homestay adalah salah satu syarikat yang paling top dan laris meyediakan perkhidmatan penginapan homestay, apartment, kereta sewa pandu sendiri, pakej island hopping dan mangrove tour di Pulau Langkawi.

Boleh di katakan semasa waktu cuti sekolah dan hari biasa kebanyakan homestay kami serta pakej yang kami sediakan begitu laris hinggakan pihak kami tidak mampu untuk menampung permintaan yang tinggi. Jadi pihak kami sedang berusaha untuk mendapatkan lebih banyak penginapan untuk menampung permintaan semua pelanggan kami. Jadi jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan yang kami sediakan pastikan anda membuat tempahan awal untuk mendapatkan penginapan serta pakej yang kami tawarkan dengan harga yang paling murah di langkawi.

Mungkin anda boleh mendapatkan penginapan yang murah selain daripada pihak kami tetapi anda perlulah tahu juga tak semestinya penginapan yang murah itu selalunya baik. Kami mengalukan perbincangan diantara pelanggan kami dan mendapatkan tawaran harga penginapan. Selain itu pihak kami memberikan panduan serta guide untuk anda yang baru pertama kalinya ke Pulau langkawi. Setiap perniagaan pastinya ada akad dan kami berpegang pada pencapaian customer kami. Setiap pelanggan kami adalah sebahagian daripada Family kami juga jadi tak hairanlah setiap pelanggan kami yang menginap sebelumnya akan datang kembali serta mempromosikan kami kepada family dan sahabat mereka. Boleh dikatakan pihak kami menerima lebih daripada 30-40 booking yang confirm setiap hari untuk penginapan bagi family dan juga group rombongan ke langkawi, itu tidak termasuk pakej lain seperti kereta sewa, bas persiaran, island hopping dan mangrove tour. Pihak kami juga menerima banyak unique visitor di semua website dan blog kami lebih kurang 3 ribu sehari semuanya. Thanks for GOOGLE COMPANY for make my business grow everyday and not to forget also All Blogger and all our customers, THANKS for supporting us.

Jadi mengapa anda semua harus booking selain daripada Eylizar Homestay sedangkan kami menyediakan semua pakej dan keperluan yang anda perlukan untuk bercuti di Pulau langkawi, Malaysia. Lebih 70% rakyat Malaysia sekarang ini memilih penginapan percutian mereka seperti Homestay, Guest House, Rest House sebagai pilihan penginapan berbanding Hotel,Motel dan Chalet di Seluruh Malaysia.

Thursday, January 16, 2014

Jom Borong Coklat Murah Di Langkawi

Jikalau anda semua datang bercuti di Pulau Langkawi ni janganlah terlepas peluang untuk borong coklat murah di langkawi. Kedai yang banyak menjual coklat murah di langkawi ni adalah Hj.Ismail Group ataupun HIG. Mereka mempunyai banyak kedai di Pekan Kuah, senang je nak cari cari kedai yang berwarna hijau..itulah kedainya.

Bermacam-macam coklat ada dijual disini seperti Coklat Bueno, Coklat Daim, Coklat Bounty, Coklat Mars,Coklat Snickers, Coklat Kinder Bueno, Coklat Guylian, Coklat Whittakers, Coklat Hersheys, Coklat Ferrero Rocher.

Coklat Daim memang murah di Langkawi


Berlambak Coklat Ferrero Rocher

Lihatlah harga Coklat Whittakers tu...murahkan?

Ni pula coklat Cadbury..macam selalu yang kita tengok..



Memang banyak la coklat ni..kalau nak letak gambar memang panjang berjela..rasanya bila anda sampai sini..boleh dikatakan wajib beli kerana coklat ni memang murah berbanding di Tanah besar..itupun kebanyakan guest saya yang cakap macam tu..saya ni tak tau sangat harga coklat di Tanah Besar tu...

Ok ..jangan lupa Jom Borong Coklat Murah di Langkawi bila mai sini...Terbaik untuk anda semua..







Wednesday, January 15, 2014

Jom Melawat Tempat-Tempat Menarik di Langkawi


Jom melawat tempat-tempat menarik di Langkawi bersama Eylizar, Kepulauan Langkawi terdiri dari gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut Semanjung Malaysia, kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51km dari Kuala Kedah. Pulau yang di kenali seluruh dunia ini ialah Pulau Langkawi.

Pulau Langkawi mempunyai warisan yang begitu unit dan penuh dengan cerita hikayat perwira, burung raksasa, dan puteri jelita dari kayangan. Langkawi dianggap syurga tropika yang mekar dengan tumbuhan khatulistiwa dan didiami oleh habitat yang terpelihara, Langkawi wujud dengan tidak ada tolok bandingnya di antara kepulauan yang sedia ada di Asia Tenggara. Dengan sejarah alamnya bermula dari 500 juta tahun dahulu, pulau ini terdiri dari rangkaian batu-batan yang unik dan merangsangkan imaginasi pengunjung dengan penuh tanda tanya. Gua-gua pula dihiasi indah oleh rangkaian 'stalaktit'dan'stlagmit'menjemput mereka yang berani untuk menjelahi gua-gua tersebut. Pantai di Langkawi yang bersih, cuaca yang terang dan ceria sesuai untuk semua pecinta alam menikmati keindahan laut sambil bersantai dan menjalankan aktiviti sukan laut yang begitu mengaksyikkan .

TANJUNG RHU LANGKAWI
Tanjung Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjung Rhu kerana terdapat banyak pokok-pokok rhu di sekitarnya. Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya pasti memukau setiap mata yang memandang. Perjalanan singkat dengan menggunakan bot dari Pengkalan Tanjung Rhu akan membawa anda ke pintu masuk Gua Cerita yang menyimpan pelbagai cerita misteri, terdapat juga tulisan kuno yang masih belum dapat di tafsirkan sehingga kini dan ianya masih boleh dilihat di dinding -dinding gua tersebut.

PANTAI-PANTAI MENARIK DI LANGKAWI
Pantai Kok, Pantai Cenang, Pantai Tengah, Pantai Pasir Tengkorok, Pantai Teluk Datai dan Pantai Teluk Burau. Pantai-pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang yang amat mengasyikkan. Hotel-hotel mewah, motel dan chalet di sediakan untuk kemudahan para pengunjung. Bagi penggemar aktiviti lasak , pelbagai kegiatan yang mencabar boleh diikuti. Manakala bagi penggemar makanan pula, pelbagai juadah yang enak turut disediakan oleh Restoran di hotel-hotel dan medan selera di sekitar Pekan Kuah, Padang Matsirat dan Pantai Cenang untuk dinikmati.

TASIK DAYANG BUNTING

Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi, di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau , merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi. Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui trip island hopping) Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu . Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayanganyang mengahwini putera bumi. Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan. Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut. Sebelum pulang kekayangan, beliau berdoa melalui saat itu, setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi atau minum air ditasik tersebut . 

TAMAN LAUT PULAU PAYAR LANGKAWI @ MARINE PARK
Taman Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat Melaka, kira-kira 19 batu nautika ke selatan Pulau Langkawi. Taman laut ini terdiri daripada Pulau Payar, Pulau Lembu, Pulau Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang. Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang mempersonakan . Sesuai untuk aktiviti 'snorkeling, menyelam dan berenang. Ada beberapa pantai pasir yang sesuai untuk berkelah, tempat untuk barbeku dan bilik air di kawasan tertentu.Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat mengenai Taman laut ini. Pelawat juga boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan katamaran atau bot laju. Perjalan ini mengambil masa kira-kira 45minit sahaja. Jika anda mengikuti trip ini ianya bermula seawal jam 9 pagi dan pulang pada jam 4-5 petang.

PEKAN KUAH PUSAT BANDAR PULAU LANGKAWI
Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk semua pelancong berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri. Nama 'Kuah' ini berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini . Sempena dengan peristiwa tersebut, tempat ini diberi nama 'Kuah. Dahulunya, Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain. Kuah ialah pusat membeli-belah bebas cukai dengan berbagai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini juga banyak menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut. Kuah juga adalah salah satu pusat pentadbiran di Pulau Langkawi, disini juga terdapat bank-bank.

MAKAM MAHSURI LANGKAWI
Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah. Ia meupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi, si jelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang. Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris. Menurut lagenda, darah putih telah mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan di saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akan maju dan bahagia selama tujuh generasi. Samada dongeng atau mitos, tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .

Opening hours: Daily, 7.30 am - 6 pm

TELAGA AIR HANGAT LANGKAWI
Telaga Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah. Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan iar panas dan mural dari batu sungai sepanjang 18meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut.

Opening hours: Daily, 9 am - 6 pm

LANGKAWI ORIENTAL VILLAGE
Oriental village merupakan satu lagi destinasi pusat membeli belah, kebudayaan dan masakan yang terkini dan unit di Pulau langkawi. Ianya direka khas untuk menyediakan suasana baru membeli-belah di pulau peranginanan bebas cukai ,ia juga turut menempatkan restoran-restoran bertema yang menyediakan berbagai jenis masakan Asia. Oriental Village menawarkan lebih daripada 470 jenis jenama pereka antarabangsa dan tempatan serta 17000 jenis barang, pasti memukau mata para pengunjung. Pertunjukan kebudayaan dan fesyen serta demontrasi kraftangan oleh pakar kraftangan menambahkan lagi suasan kemeriahan membeli belah di situ. Ia berdekatan dengan Langkawi Cable Car, aktiviti menunggang Kuda dan air terjun Telaga Tujuh.

Opening hours: Daily, 10 am - 10 pm

UNDERWATER WORLD LANGKAWI
Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca. Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi. Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis. Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung, pari tropika, penyu serta yang terbaru seperti anjing laut, penguin dan naga laut . Terowong sepanjang 15 meter telah di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersonakan.

Harga tiket untuk Dewasa: RM28
Harga tiket untuk kanak-kanak : RM18

Opening hours: Daily, 10 am - 6 pm 

AIR TERJUN TELAGA TUJUH(SEVEN WELLS)-LANGKAWI
Telaga Tujuh terletak disebelah barat laut Pulau Langkawi, Telaga Tujuh merupakan telaga yang terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan. Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi. Kehijauan pepohon disekitar Telaga Tujuh menambahkan lagi suasana tenang disekelilingnya. Mengikut lagenda, puteri-puteri dari kayangan sering mandi-manda di telaga ini. Dan perlu juga diingatkan bahawa kenalah berhati-hati kerana struktur batunya yang licin semasa anda berada di tingkat atas. Ianya juga bersebelahan dengan Langkawi Cable Car.

SUNGAI KILIM GEOFOREST PARK LANGKAWI
Untuk mereka yang gemar menghayati keindahan alam, Langkawi menawarkan pemandangan indah dan pengalaman yang sukar dilupakan, aktiviti  bermula dengan menaiki bot laju ke Taman Alam Sungai Kilim geoforest park, sebuah dunia yang berlainan sama sekali .
Taman seluas 100 km persegi ini diselubungi kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi, serta ditaburi pantai terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang biru dan jernih. Struktur batu kapur yang muncul dari lantai paya bakau dan laut membentuk keunikan geologi yang menakjubkan dengan gelaran seperti kuil Borobudur, Batu Gajah dan Taman Gantung. Selain itu Gua Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan lagenda dan pelbagai kisah cinta dan misteri menanti anda juga.

Call kami untuk mengetahui harga bagi pakej ini:
017-4256796 Pn.liza.

KOMPLEK BUDAYA KRAF LANGKAWI
Terletak di Teluk Yu di sebelah utara Pulau Langkawi, kira kira 30 minit perjalanan dengan kenderaan dari lapangan terbang atau 35 minit dari pekan Kuah. Terletak di atas bukit mengadap laut, komplek yang indah ini menawarkan berbagai jenis kraftangan Malaysia seperti batik tulisan tangan dan barangan perak yang di ukir halus . 

Opening hours: Daily, 9 am - 6 pm.Tel : 04-9591913

TAMAN LAGENDA LANGKAWI 
Taman ini mengandungi pokok pokok bunga dan buah buahan tempatan yang memberikan satu pemandangan yang cantik dengan berlatarbelakangkan bangunan warisan Malaysia dan bahan bahan kebudayaan. Di dalam lawatan tersebut anda akan dapati segala kisah sejarah dan tempat tempat yang terdapat di Langkawi di ceritakan di sini.

Opening hours: Daily, 8 am - 11 pm

LAMAN PADI LANGKAWI
Merupakan lokasi yang mesti dilawati oleh para penggemar pelancongan berasaskan pertanian. Terletak di Pantai Cenang, kawasan pantai peranginan yang terkemuka Langkawi dan hanya 10 minit dari Lapangan Terbang, Laman Padi Langkawi menjadi pusat untuk mempamirkan sejarah, warisan dan kemajuan industri penanaman padi negara. Diantara tarikan disini ialah muzium beras yang mempamirkan artifak, carta dan gambar menunjukkan kepentingan penanaman padi kepada negara. Pelawat berpeluang menikmati pemandangan laman ini dari taman atas bumbung. Anda boleh cuba menanam padi menggunakan cara tradisional serta menuai menggunakan cara moden. Terdapat juga restoran serta pusat urut disitu .

Opening hours: Daily, 10 am - 6 pm.Telefon : 04-9553415

GALERIA PERDANA LANGKAWI
Galeria Perdana yang terletak di Kilim hanya 10 km dari Pekan Kuah menempatkan kira-kira lebih 2500 hadiah dan anugerah negara yang dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dan isteri. Bahan pameran yang terdapat di sini termasuklah barangan kristal , barangan kulit, perak, tembaga, seramik dan kaca. Terdapat juga alatan seni muzik dan kraf silam, bahan tekstil dan senjata. Diantara bahan yang turut dipamerkan adalah koleksi prototaip kereta dan pacuan empat roda .

Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar didalam galeri ini.Sebuah kedah cenderahati terletak di galeria tersebut menjual gambar gambar bahan pameran yang di pamerkan. 

Opening hours: Daily, 10 am - 5 pm; Public/school holiday, 9 am - 6 pm; Friday, 10 am - 2:15 pm & 3 pm - 5 pm.Phone : 04-9591498 

DATARAN HELANG DI LANGKAWI
Dataran Helang terletak berhampiran dengan jeti Kuah. Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang.

Menurut Lagenda, Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek bagi 'helang'. Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat. Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat. Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah, restoran, jejambat, jeti dan teres yang berbumbung. Kedudukkannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam. Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi . Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam .Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi . 

TAMAN BUAYA LANGKAWI @ CROCODILE FARM 
Taman Buaya Langkawi terletak di Kubang Badak jalan ke Datai dan Pantai Pasir Tengkorak lebih kurang 32 km dari Pekan Kuah. Disini terdapat lebih 1000 ekor buaya yang terdiri daripada pelbagai jenis spesis untuk tontonan orang ramai. Jika bernasib baik, para pengunjung akan menikmati pertunjukkan keberanian manusia bermain dengan buaya pada jam atau waktu tertentu .

Opening hours: Daily, 9 am. - 6 pm. Tel : 04-9592559 

Jadi itulah sahaja serba sedikit cerita tempat-tempat menraik di langkawi yang saya sharekan untuk anda semua jika di pulau langkawi ini.

Eylizar, 




Jom Berkelah dan Mandi Laut Di Pantai Teluk Yu, Langkawi




Jom Berkelah dan Mandi Laut Di Pantai Teluk Yu, Langkawi bersama keluarga anda. Pantai Teluk Yu ini berdekatan dengan Komplek Kraft Tangan di Langkawi. Pantai ini memang bersih dan amat sesuai untuk keluarga bersantai, mandi laut dan juga berkelah. Di pantai ini juga di sediakan wakaf dan tempat rehat yang sesuai untuk menikmati keindahan lautnya yang membiru.

Sekarang Pantai Teluk Yu sudah menjadi pilihan penduduk tempatan juga untuk aktiviti riadah. Terima kasih tak terhingga buat pihak yang bertanggung jawab menjaga keindahan Pantai Teluk Yu ini. Bagi kami sekeluarga boleh di katakana sebulan sekali membawa anak-anak berkelah dan andi laut disitu. Jarak Pantai Teluk Yu daripada Homestay Langkawi Eylizar hanya kira-kira 25 minit perjalanan.  Jadi jika anda semua datang ke Pulau Langkawi seharusnya anda pergi ke Pantai Teluk Yu untuk berkelah dan mandi laut…memang best….



Tuesday, January 14, 2014

Jom Melawat Langkawi Bird Paradise @ Taman Burung Langkawi


Jom Melawat Langkawi Bird Paradise @ Taman Burung Langkawi yang amat berdekatan denganhomestay Eylizar di Taman Nilam dengan hanya 5 minit memandu. Di Taman burung ini banyak terdapat burung-burung
pelbagai jenis. Bila anda masuk didalam sahaja burung ini beterbangan distas kepala anda semua. di samping itu juga terdapat beberapa ekor buaya dan juga ular 
terdapat disini.Disamping itu juga anda boleh beri makan burung-burung tu di atas tapak tangan anda...memang best..anak-anak mesti tak lepas peluang ni punya.


Aktiviti yang boleh anda lakukan disini:
1-Crocodile feeding
2-Arapaima Feeding
3-Budgerigars Feeding
4-Macaw Feeding

and other feeding animal...



Berikut saya nyatakan senarai harga untuk panduan anda semua jika nak masuk kesana:

Published Rate:
Adult @ RM 33.00
Child (3 – 12 years old) @ RM 18.00

MyKAD Rate:
Adult @ RM 15.00
Child (3 – 12 years old) @ RM 10.00
_______________________________________
Special Price Rate:
Senior Citizen (60 year & above) 
@ RM 18.00 (Published Rate)
@ RM 10.00 (MyKAD Rate)
_______________________________________
MyKAD School Rate:
Primary Student / Teacher @ RM 8.00
Secondary Student / Teacher @ RM 10.00



Jika perlukan sebarang maklumat bolehlah contact mereka terus:

Langkawi Wildlife Park
c/o: Wildlife Planet Sdn Bhd
Lot 1485, Jalan Ayer Hangat, 
Kampung Belanga Pecah,
07000 Langkawi, 
Kedah, Malaysia.

MobileTel:+6 010-7789619
Fax :+6 04-9665855
:+6 04-9661855
Email : wildlifeplanet@gmail.com