Thursday, September 18, 2014

Usahawan Online Berjaya di Pulau Langkawi Malaysia

Hanya bermodalkan RM100 kini Eylizar sudah terpilih diantara Usahawan Online yang Berjaya di Pulau Langkawi Malaysia. Perniagaan kami yang semakin mendapat sambutan daripada seluruh rakyat Malaysia serta luar negara membuatkan pihak kami berusaha untuk memberikan lebih banyak lagi pakej-pakej untuk di tawarkan dimasa hadapan.

Terima kasih tak terhingga buat syarikat Google Malaysia yang mempercayai Eylizar dengan memberikan ranking yang tinggi serta visitor yang banyak untuk kesemua blog kami. Boleh dikatakan jika anda membuat carian berkenaan langkawi atau penginapan di langkawi blog kami akan berada di ranking first page. Kami sangat bersyukur memandangkan kami memang berharapkan 100% online untuk bisnes kami. Engine carian Google adalah salah satu engine carian yang paling popular di Malaysia dan serata dunia kerana membekalkan maklumat carian yang terbaik untuk semua pengguna. Denagn itu pihak SKMM dan MCMC telah memilih eylizar sebagai salah satu usahawan online yang berjaya di Pulau Langkawi. Diantara blog kami yang lain adalah seperti:

http://langkawihomestays.com/

http://lgkrentalcar.wordpress.com/

Dan antara laman sosial kami yang boleh anda semua ikuti adalah seperti:

https://www.facebook.com/EylizarHomestay

https://twitter.com/Eylizar

http://www.pinterest.com/eylizar/


Berita tentang kami telah pun keluar di semua akhbar tempatan seperti My Metro , Berita Harian, Utusan Malaysia, Kosmo pada 14 September 2014 yang lalu.

Ini membuatkan kami lebih diyakini dikalangan pengguna yang memerlukan pakej penginapan mengikut bajet yang sesuai. Program inap desa yang kami tawarkan memanglah berbaloi disertakan dengan pakej kereta sewa pandu sendiri,pakej rombongan dan berbagai pakej lain untuk di pilih. 

Siapa kata perniagaan Online tak boleh berjaya? Ianya perlukan kesabaran dan sikap jujur dalam menguruskan sesuatu perniagaan yang anda ceburi. Pengalaman saya selama lebih 20 tahun didalam bidang perhotelan membuatkan ianya senang dan mudah untuk saya berurusan dengan semua customer saya. Di samping itu juga isteri saya juga banyak membantu daripada segi reservation atau  menerima tempahan daripada semua customer kami. 

Nasihat saya jika anda ingin membuka sesuatu perniagaan online pastikan anda mempunyai minat terhadap perniagaan yang akan anda lakukan.