Sunday, September 7, 2014

Mana Nak Cari Kedai Makan Sedap Dan Murah Di Pekan Kuah Langkawi?

Mana Nak Cari Kedai Makan Sedap Dan Murah Di Pekan Kuah Langkawi? itulah pertanyaan yang selalu bermain di fikiran setiap pelancong yang baru menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi ni. Jadi disini saya nak share sikit apa yang boleh di katakan salah satu kedai makan yang sedap dan murah yang selalu kami kunjungi untuk sarapan dan juga makan tengahari.

Nama kedai makan ini ialah Kedai Pak long (Tuannya kami panggil Pak Long) dan lokasinya juga di hadapan bangunan Plaza MARA di langkawi. Kalau anda datang daripada Jeti Feri Kuah, jumpa jer traffic light yang pertama yang ada saat tu belok kanan. Kedai dia berdekatan tarffic light tu. Di kedai makan ini disediakan makanan untuk sarapan pagi siap dengan roti canai,nasi lemak. Manakala untuk tengahari pula disediakan banyak lauk pauk. Kalau orang langkawi kedai ni dah famous dah banyak kakitangan kerajaan dan orang awam serbu tempat ni.





Gambar yang mula-mula tu la Pak Long dan gambaran kedainya. Kalau nak nombor telepon boleh tengok banner gambar tu ada nombor beliau. Manalah tahu nak booking table ke atau nak pesan makanan.

So saya harap sedikit sebanyak dapat membantu pihak anda semasa percutian di pulau langkawi bagi mencari kedai makan sedap dan murah di Pulau Langkawi.