Tuesday, January 21, 2014

Kena Beli Minyak Gamat Asli Langkawi


Jikalau anda di Langkawi benda yang kena anda beli dan bawa pulang ke tanah besar ialah Minyak Gamat asli ni. Langkawi mempunyai banyak spesis Gamat segar yang terdapat di perairannya.
Salah satu kedai minyak gamat yang tersohor di Langkawi ni adalah Nusantara Gamat Langkawi di antara salah satu tempat yang paling top sekali untuk mendapatkan minyak gamat asli di langkawi.

Nusantara Gamat Langkawi ini terletak di tepi highway saja dan anda akan nampak replika botol minyak gamat besar daripada pandangan ketika memandu. Jikalau anda memandu daripada highway Pekan Kuah ke Langkawi Airport kedainya terletak di sebelah kiri jalan. 


Ha.. itu dia..jangan pulang tanpanya. Beli minyak gamat buat cenderahati kat jiran-jiran korang dan juga adik beradik jangan takut tak de expired date ..so boleh simpan lama-lama.
Yang ni pula di panggil Ibu Gamat...sudah dikeringkan dan ianya juga boleh digunakan untuk perubatan.

Untuk menghasilkan minyak gamat kena la masaknya dulu..barulah dapat patinya...anda juga boleh lihat tempat memasak gamat hanya bersebelahan dengan kedai utama mereka...

Selain itu juga produk gamat ni bukan saja pada minyak gamat tetapi banyak lagi produk gamat seperti Sabun Gamat, krim gamat,bedak resdung,kopi tongkat ali gamat,bam kanak2,sabun susu beras,air rebusan akar kayu,krim rambut kelapa dara&gamat,syampoo limau purut dan bunga telang,gel gamat serta banyak lagi produk yang terdapat di situ.

Jadi jika anda nak order online ataupun ada sebarang pertanyaan boleh layarinya disini