Tuesday, January 14, 2014

Ucapan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2014

Assalamualaikum, berkesempatan ini pihak Eylizar Homestay Langkawi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2014 buat semua umat Islam di Pulau Langkawi serta umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Berpeganglah pada ajaran nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. 
(14 Januari 2014 (Selasa) merupakan cuti umum semua rakyat di Malaysia termasuk juga di Pulau Langkawi.

Sedikit penghayatan untuk kita semua renungi:

MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI

Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran,kegelapan syirik,tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan,mabuk dan berjudi berleluasa,merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat. Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rsullullah S.A.W dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana Baginda adalah teladan terbaik.