Wednesday, January 8, 2014

Percutian Singkat Eylizar Ke Cameron Highland

Setelah lama tidak pergi bercuti Eylizar telah membuat perancangan Percutian Singkat Ke Cameron Highland pada 15/12/2013. Jadi kami pun membuat pencarian di Internet dan jumpalah dengan Marina Chalet  so kami pun membuat tempahan untuk semalam pada tarikh tersebut dengan Puan Marina. Rasanya time tu banyak orang dan Marina Chalet sedikit sibuk. Selepas itu anak Puan Marina Cik Shamzan telepon saya dan bertanyakan perjalanan kami dan booking kami.So terima kasih di ucapkan kerana ambil berat pasal nak drive malam-malam ni.

Kami bertolak daripada perlis kira-kira pukul 9 malam dan keadaan ketika itu hujan lebat di Alor setar so tak boleh lajulah drive. Kami sampai di Simpang Pulai kira-kira Jam 1 pagi..so terpaksalah telepon cik Shamzan nak tanya jalan..GPS terlupa bawa dalam kekalutan ni....dan katanya terus lagi ke Kampung Sedia Tanah Rata dalam sejam lebih...so kami teruskanlah perjalanan melalui jalan berliku..tak der kereta pun senyap sunyi jalan raya..tanya wife ..betul ke ni...susah juga kalau jadi apa kat kereta ..so tawakallah.

Alhamdulillah kami selamat sampai ke Kampung Sedia pada kul 3 pagi..dan terus ke Chalet Asri. Tuan punya chalet pun dah mengantuk semasa menyambut kami. Chalet Asri ni kalau bujang ok ler..biliknya ada 2 katil queen dan tv astro serta bilik air..bolehlah dengan harga RM150 semalam...kalau ikutkan tak semalam pun ..pukul 7 pagi keesokannya kami pun check out daripada chalet Asri. Cik Shamzan pun tak sempat kami jumpa segan nak kacau dia ..mungkin sibuk...

Check out jer daripada shalet kami terus ke Pekan Brincang untuk cari kedai makan...setelah kami cari satu kedai makan pun tak ada di Kampung sedia.So saya cadangkan banyakkan kedai makan untuk para penginap homestay disitu..senang la sikit. Salah satu kedai yang ada disitu pun tutup..penduduk kata kena pergi kedai di simpang kat luar jalan besar..
ha..ini pula kebun sayur di belakang chalet..tengok pun dah terliur..tapi tak de dapur nak masak...ada bau masakan daripada tuan homestay atau penginap yang masak..terus perut pun berbunyi..so kena cepat cari kedai..tapi tak der kedai makan di Taman Sedia...

Makan di kedai mamak kat sini pekena roti canai dan beli Madu lebah daripada peniaga disitu
Ini anak sulung kami namanya Najmi..oleh kerana dapat keputusan UPSR- 4A1B ni la yang kena bawa bercuti ke sini..dah janji..

Kami singgah di Taman Rama-Rama..layan anak-anak..



Banyak rama-rama kat sini..teruja juga..



beli juga pokok-pokok kat sini..cantik juga..


keledek ini katanya manis so beli sikit bawa balik ke Langkawi


Best dapat makan buah strawberry fresh..


Rasanya ni kelapa laut kan? tak biasa makan takut juga nak makan...


Ni pula kebun bunga ..macam cerita hindustan pula..hee


geram tengok kaktus ni..comel dan cantik



Ini pula bunga Lavendar...cantik sekali..





Ini pula bongsai cameron..


Jadi setelah melawat semua kawasan di cameron highland kami pun bergerak pulang kekampung dan pada keesokan harinya kami nak balik ke Pulau Langkawi. Kebetulan masa kami datang bercuti ni ..semua homestay kami di Langkawi Full House tu yang boleh pergi bercuti...inilah dikatan percutian singkat Eylizar Homestay Di Cameron Highland.
Nantikan percutian Eylizar seterusnya disalah satu tempat lain di Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada Cik Shamzan daripada Marina Chalet kerana menyediakan penginapan untuk kami.