Tuesday, January 21, 2014

Owner Homestay Munirah Melaka Bersama Eylizar di Langkawi


Baru-baru ini Owner homestay & Chalet Munirah iaitu Cikgu Mashitah serta keluarganya daripada pengusaha Homestay di tepi Pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka telah menginap di salah satu penginapan Eylizar di Langkawi selama 3H2M iaitu di Teratak Eylizar 1 beserta kenderaan. Cikgu Mashitah dan keluarganya amatlah peramah dan mesra sekali. Mereka juga telah mengikuti pakej Island Hopping Eylizar, melawat tempat-tempat menarik di langkawi dan membeli belah di langkawi.
Ini pula adalah salah satu chalet @ shalet tepi pantai yang disediakan oleh Homestay Munirah di Pengkalan Balak, Melaka.

Menurut Cikgu Mashitah mereka tiada blog jadi sebagai Muslim juga sesama pengusaha homestay ni saya nak tolonglah mempromosikan penginapan yang beliau sediakan untuk anda semua. Seperti yang saya lihat disini penginapan beliau amatlah selesa,murah dan berpatutan.

Menurut Cikgu Mashitah homestay serta chaletnya banyak sekali menerima tempahan tetamu yang datang daripada Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain juga. Mereka menyukai lokasi homestay Munirah ini kerana ianya amat berdekatan dengan laut. Boleh di katakan homestay & Chaletnya menghadap kearah laut. 

Jadi kepada sesiapa yang nak mencari homestay ataupun shalet berdekatan pantai..maka inilah jawapannya. Jadi kalau di lihat pada banner tu ada terdapat nombor telepon beliau. Kalau nak lebih detail lagi bolehlah melayari 

Jika anda semua bercadang untuk bercuti ke Melaka dan memerlukan penginapan homestay @ shalet berdekatan pantai bolehlah terus menghubungi Munirah Homestay Melaka.

Cikgu Mashitah (Anak): 013-6277948
        Cikgu Aisyah (Ibu): 017-6303613

Setulus kata daripada pihak kami, Terima kasih buat Cikgu Mashitah sekeluarga kerana memilih Eylizar Homestay di Langkawi sebagai destinasi percutian anda semua. Insyaallah jika kami bercuti ke Melaka, kami akan menginap di Homestay Munirah. :)