Thursday, January 9, 2014

Nasi Ayam Pak Ya @ Tempat Makan Sedap di Pekan Kuah


Restoran Hj.Ya nasi ayam di pekan kuah, tempat makan best di langkawi memang tak asing lagi buat penduduk tempatan. Lokasinya di Pekan kuah membuatkan ianya menjadi tumpuan di waktu tengahari. Berkedudukan di bagunan Trimula bersebelahan dengan Naza Motor Langkawi dan berdekatan juga dengan Restoran HJ.Ali.

Nasi ayamnya nampak simple je tapi memang sedap..gorengan ayamnya yang rangup dan juga ais kacangnya memang best dan sedap sekali. Diwaktu tengahari memang banyak orang sampai penuh meja tapi HJ.Ya mempunyai ramai pekerja dan tak perlulah tunggu sampai lama.

Inilah Hj.Ya..memang seorang yang peramah dan mesra..saya dah kenal dia dekat 20 tahun dan selalu bawa family ke kedainya...dan saya syorkan kepada anda semua kalau datang Langkawi tak test nasi Ayam Pak Ya memang tak lengkap...

Jadi jika anda bercadang hendak kekedainya bolehlah call untuk tempahan..019-5638320.
kedainya hanya dibuka untuk makan tengahari..jadi bolehlah test dan bagi komen kalau tak sedap...

selamat mencuba Nasi Ayam Pak Ya di Langkawi salah satu tempat makan best di Langkawi yang saya Syorkan..pasti berbaloi..