Wednesday, January 22, 2014

Lokasi Pusat Bandar Kuah Langkawi, Malaysia



Ini adalah Lokasi Pusat Bandar Kuah Langkawi, Malaysia. Disini terletaknya tempat membeli belah murah dan bank-bank seperti CIMB,MAYBANK,RHB dan juga PUBLIC BANK. Jadi jika anda semua datang daripada Jeti Kuah lokasi Pusat Bandar ini berada di sebelah KANAN anda selepas Pekan Rabu Langkawi.
Kalau anda tengok khemah yang putih tu semuanya menjual barangan murah dan di buka pada waktu petang dan full day pada cuti sekolah ianya berdekatan dengan Bayview Hotel Langkawi dan disini juga terdapat Stesen Teksi untuk memudahkan anda. Anda bolehlah meninggalkan kereta dan berjalan disekitarnya. Kalau anda lihat bangunan kedai tu memang banyak disini..bermacam barangan ada dijual nak sebut nanti banyak sgt la pulak...
Ha...untuk pengetahuan anda semua juga..kalau dilihat ditepi laut tu ..dimana Menara Pekan Kuah, Langkawi akan dibina..mungkin sama macam Menara di Alor Setar kot..nanti lepas ni kalau siap bolehlah anda semua menikmati pemandangan laut serta langkawi dengan lebih cantik.

Jadi selamat bercuti di Langkawi dan bershopping di Pekan Kuah.