Tuesday, January 21, 2014

Jom Singgah Pantai Pasir Hitam Langkawi

Inilah Pantai Pasir Hitam di Pulau Langkawi, Malaysia. Pantai Pasir Hitam di beri nama kerana pasirnya yang berwarna hitam boleh di katakan di seluruh pantainya dan berbeza dengan pantai-pantai yang lain di seluruh pulau Langkawi ni.
Menurut cerita dongeng duu-dulu ada seorang nelayan jatuh cinta dengan seekor ikan duyung dan menetap disitu tetapi si pemuda ini memungkiri janji yang membuatkan ikan duyung tersebut menyumpah pantai tersebut menjadi hitam sampai ke hari ini.

Namun hakikatnya hasil kajian mengatakan bahawa pantai pasir hitam ini disebabkan oleh campuran Mineral dan komposisi tanah yang terdapat di pantai itu ialah campuran granit dengan deposit lurmalin, ilmenit dan zircon.


Berdekatan situ terdapat satu jeti nelayan yang masih lagi di gunakan oleh penduduk tempatan. Pantai Pasir Hitam ini terletak 19 km di Utara Pekan Kuah. Pasinya yang berwarna hitam ini akan berkilau bila di waktu tengahari dengan menghasilkan pemandangan luar biasa dan menakjubkan. Di sekitarnya juga terdapat gerai-gerai menjual cenderamata dan juga kedai makan.

Jadi jika anda semua bercuti di Pulau Langkawi boleh datang melawat di sini untuk melihat sendiri pantainya.