Wednesday, January 15, 2014

Jom Melawat Tempat-Tempat Menarik di Langkawi


Jom melawat tempat-tempat menarik di Langkawi bersama Eylizar, Kepulauan Langkawi terdiri dari gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut Semanjung Malaysia, kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51km dari Kuala Kedah. Pulau yang di kenali seluruh dunia ini ialah Pulau Langkawi.

Pulau Langkawi mempunyai warisan yang begitu unit dan penuh dengan cerita hikayat perwira, burung raksasa, dan puteri jelita dari kayangan. Langkawi dianggap syurga tropika yang mekar dengan tumbuhan khatulistiwa dan didiami oleh habitat yang terpelihara, Langkawi wujud dengan tidak ada tolok bandingnya di antara kepulauan yang sedia ada di Asia Tenggara. Dengan sejarah alamnya bermula dari 500 juta tahun dahulu, pulau ini terdiri dari rangkaian batu-batan yang unik dan merangsangkan imaginasi pengunjung dengan penuh tanda tanya. Gua-gua pula dihiasi indah oleh rangkaian 'stalaktit'dan'stlagmit'menjemput mereka yang berani untuk menjelahi gua-gua tersebut. Pantai di Langkawi yang bersih, cuaca yang terang dan ceria sesuai untuk semua pecinta alam menikmati keindahan laut sambil bersantai dan menjalankan aktiviti sukan laut yang begitu mengaksyikkan .

TANJUNG RHU LANGKAWI
Tanjung Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjung Rhu kerana terdapat banyak pokok-pokok rhu di sekitarnya. Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya pasti memukau setiap mata yang memandang. Perjalanan singkat dengan menggunakan bot dari Pengkalan Tanjung Rhu akan membawa anda ke pintu masuk Gua Cerita yang menyimpan pelbagai cerita misteri, terdapat juga tulisan kuno yang masih belum dapat di tafsirkan sehingga kini dan ianya masih boleh dilihat di dinding -dinding gua tersebut.

PANTAI-PANTAI MENARIK DI LANGKAWI
Pantai Kok, Pantai Cenang, Pantai Tengah, Pantai Pasir Tengkorok, Pantai Teluk Datai dan Pantai Teluk Burau. Pantai-pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang yang amat mengasyikkan. Hotel-hotel mewah, motel dan chalet di sediakan untuk kemudahan para pengunjung. Bagi penggemar aktiviti lasak , pelbagai kegiatan yang mencabar boleh diikuti. Manakala bagi penggemar makanan pula, pelbagai juadah yang enak turut disediakan oleh Restoran di hotel-hotel dan medan selera di sekitar Pekan Kuah, Padang Matsirat dan Pantai Cenang untuk dinikmati.

TASIK DAYANG BUNTING

Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi, di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau , merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi. Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui trip island hopping) Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu . Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayanganyang mengahwini putera bumi. Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan. Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut. Sebelum pulang kekayangan, beliau berdoa melalui saat itu, setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi atau minum air ditasik tersebut . 

TAMAN LAUT PULAU PAYAR LANGKAWI @ MARINE PARK
Taman Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat Melaka, kira-kira 19 batu nautika ke selatan Pulau Langkawi. Taman laut ini terdiri daripada Pulau Payar, Pulau Lembu, Pulau Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang. Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang mempersonakan . Sesuai untuk aktiviti 'snorkeling, menyelam dan berenang. Ada beberapa pantai pasir yang sesuai untuk berkelah, tempat untuk barbeku dan bilik air di kawasan tertentu.Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat mengenai Taman laut ini. Pelawat juga boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan katamaran atau bot laju. Perjalan ini mengambil masa kira-kira 45minit sahaja. Jika anda mengikuti trip ini ianya bermula seawal jam 9 pagi dan pulang pada jam 4-5 petang.

PEKAN KUAH PUSAT BANDAR PULAU LANGKAWI
Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk semua pelancong berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri. Nama 'Kuah' ini berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini . Sempena dengan peristiwa tersebut, tempat ini diberi nama 'Kuah. Dahulunya, Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain. Kuah ialah pusat membeli-belah bebas cukai dengan berbagai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini juga banyak menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut. Kuah juga adalah salah satu pusat pentadbiran di Pulau Langkawi, disini juga terdapat bank-bank.

MAKAM MAHSURI LANGKAWI
Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah. Ia meupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi, si jelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang. Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris. Menurut lagenda, darah putih telah mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan di saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akan maju dan bahagia selama tujuh generasi. Samada dongeng atau mitos, tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .

Opening hours: Daily, 7.30 am - 6 pm

TELAGA AIR HANGAT LANGKAWI
Telaga Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah. Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan iar panas dan mural dari batu sungai sepanjang 18meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut.

Opening hours: Daily, 9 am - 6 pm

LANGKAWI ORIENTAL VILLAGE
Oriental village merupakan satu lagi destinasi pusat membeli belah, kebudayaan dan masakan yang terkini dan unit di Pulau langkawi. Ianya direka khas untuk menyediakan suasana baru membeli-belah di pulau peranginanan bebas cukai ,ia juga turut menempatkan restoran-restoran bertema yang menyediakan berbagai jenis masakan Asia. Oriental Village menawarkan lebih daripada 470 jenis jenama pereka antarabangsa dan tempatan serta 17000 jenis barang, pasti memukau mata para pengunjung. Pertunjukan kebudayaan dan fesyen serta demontrasi kraftangan oleh pakar kraftangan menambahkan lagi suasan kemeriahan membeli belah di situ. Ia berdekatan dengan Langkawi Cable Car, aktiviti menunggang Kuda dan air terjun Telaga Tujuh.

Opening hours: Daily, 10 am - 10 pm

UNDERWATER WORLD LANGKAWI
Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca. Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi. Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis. Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung, pari tropika, penyu serta yang terbaru seperti anjing laut, penguin dan naga laut . Terowong sepanjang 15 meter telah di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersonakan.

Harga tiket untuk Dewasa: RM28
Harga tiket untuk kanak-kanak : RM18

Opening hours: Daily, 10 am - 6 pm 

AIR TERJUN TELAGA TUJUH(SEVEN WELLS)-LANGKAWI
Telaga Tujuh terletak disebelah barat laut Pulau Langkawi, Telaga Tujuh merupakan telaga yang terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan. Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi. Kehijauan pepohon disekitar Telaga Tujuh menambahkan lagi suasana tenang disekelilingnya. Mengikut lagenda, puteri-puteri dari kayangan sering mandi-manda di telaga ini. Dan perlu juga diingatkan bahawa kenalah berhati-hati kerana struktur batunya yang licin semasa anda berada di tingkat atas. Ianya juga bersebelahan dengan Langkawi Cable Car.

SUNGAI KILIM GEOFOREST PARK LANGKAWI
Untuk mereka yang gemar menghayati keindahan alam, Langkawi menawarkan pemandangan indah dan pengalaman yang sukar dilupakan, aktiviti  bermula dengan menaiki bot laju ke Taman Alam Sungai Kilim geoforest park, sebuah dunia yang berlainan sama sekali .
Taman seluas 100 km persegi ini diselubungi kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi, serta ditaburi pantai terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang biru dan jernih. Struktur batu kapur yang muncul dari lantai paya bakau dan laut membentuk keunikan geologi yang menakjubkan dengan gelaran seperti kuil Borobudur, Batu Gajah dan Taman Gantung. Selain itu Gua Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan lagenda dan pelbagai kisah cinta dan misteri menanti anda juga.

Call kami untuk mengetahui harga bagi pakej ini:
017-4256796 Pn.liza.

KOMPLEK BUDAYA KRAF LANGKAWI
Terletak di Teluk Yu di sebelah utara Pulau Langkawi, kira kira 30 minit perjalanan dengan kenderaan dari lapangan terbang atau 35 minit dari pekan Kuah. Terletak di atas bukit mengadap laut, komplek yang indah ini menawarkan berbagai jenis kraftangan Malaysia seperti batik tulisan tangan dan barangan perak yang di ukir halus . 

Opening hours: Daily, 9 am - 6 pm.Tel : 04-9591913

TAMAN LAGENDA LANGKAWI 
Taman ini mengandungi pokok pokok bunga dan buah buahan tempatan yang memberikan satu pemandangan yang cantik dengan berlatarbelakangkan bangunan warisan Malaysia dan bahan bahan kebudayaan. Di dalam lawatan tersebut anda akan dapati segala kisah sejarah dan tempat tempat yang terdapat di Langkawi di ceritakan di sini.

Opening hours: Daily, 8 am - 11 pm

LAMAN PADI LANGKAWI
Merupakan lokasi yang mesti dilawati oleh para penggemar pelancongan berasaskan pertanian. Terletak di Pantai Cenang, kawasan pantai peranginan yang terkemuka Langkawi dan hanya 10 minit dari Lapangan Terbang, Laman Padi Langkawi menjadi pusat untuk mempamirkan sejarah, warisan dan kemajuan industri penanaman padi negara. Diantara tarikan disini ialah muzium beras yang mempamirkan artifak, carta dan gambar menunjukkan kepentingan penanaman padi kepada negara. Pelawat berpeluang menikmati pemandangan laman ini dari taman atas bumbung. Anda boleh cuba menanam padi menggunakan cara tradisional serta menuai menggunakan cara moden. Terdapat juga restoran serta pusat urut disitu .

Opening hours: Daily, 10 am - 6 pm.Telefon : 04-9553415

GALERIA PERDANA LANGKAWI
Galeria Perdana yang terletak di Kilim hanya 10 km dari Pekan Kuah menempatkan kira-kira lebih 2500 hadiah dan anugerah negara yang dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dan isteri. Bahan pameran yang terdapat di sini termasuklah barangan kristal , barangan kulit, perak, tembaga, seramik dan kaca. Terdapat juga alatan seni muzik dan kraf silam, bahan tekstil dan senjata. Diantara bahan yang turut dipamerkan adalah koleksi prototaip kereta dan pacuan empat roda .

Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar didalam galeri ini.Sebuah kedah cenderahati terletak di galeria tersebut menjual gambar gambar bahan pameran yang di pamerkan. 

Opening hours: Daily, 10 am - 5 pm; Public/school holiday, 9 am - 6 pm; Friday, 10 am - 2:15 pm & 3 pm - 5 pm.Phone : 04-9591498 

DATARAN HELANG DI LANGKAWI
Dataran Helang terletak berhampiran dengan jeti Kuah. Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang.

Menurut Lagenda, Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek bagi 'helang'. Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat. Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat. Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah, restoran, jejambat, jeti dan teres yang berbumbung. Kedudukkannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam. Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi . Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam .Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi . 

TAMAN BUAYA LANGKAWI @ CROCODILE FARM 
Taman Buaya Langkawi terletak di Kubang Badak jalan ke Datai dan Pantai Pasir Tengkorak lebih kurang 32 km dari Pekan Kuah. Disini terdapat lebih 1000 ekor buaya yang terdiri daripada pelbagai jenis spesis untuk tontonan orang ramai. Jika bernasib baik, para pengunjung akan menikmati pertunjukkan keberanian manusia bermain dengan buaya pada jam atau waktu tertentu .

Opening hours: Daily, 9 am. - 6 pm. Tel : 04-9592559 

Jadi itulah sahaja serba sedikit cerita tempat-tempat menraik di langkawi yang saya sharekan untuk anda semua jika di pulau langkawi ini.

Eylizar,