Wednesday, January 15, 2014

Jom Berkelah dan Mandi Laut Di Pantai Teluk Yu, Langkawi




Jom Berkelah dan Mandi Laut Di Pantai Teluk Yu, Langkawi bersama keluarga anda. Pantai Teluk Yu ini berdekatan dengan Komplek Kraft Tangan di Langkawi. Pantai ini memang bersih dan amat sesuai untuk keluarga bersantai, mandi laut dan juga berkelah. Di pantai ini juga di sediakan wakaf dan tempat rehat yang sesuai untuk menikmati keindahan lautnya yang membiru.

Sekarang Pantai Teluk Yu sudah menjadi pilihan penduduk tempatan juga untuk aktiviti riadah. Terima kasih tak terhingga buat pihak yang bertanggung jawab menjaga keindahan Pantai Teluk Yu ini. Bagi kami sekeluarga boleh di katakana sebulan sekali membawa anak-anak berkelah dan andi laut disitu. Jarak Pantai Teluk Yu daripada Homestay Langkawi Eylizar hanya kira-kira 25 minit perjalanan.  Jadi jika anda semua datang ke Pulau Langkawi seharusnya anda pergi ke Pantai Teluk Yu untuk berkelah dan mandi laut…memang best….