Tuesday, December 24, 2013

Tempat Makan Best di Pekan Kuah Langkawi


Ini adalah salah satu Tempat Makan Best di Pekan Kuah Langkawi  untuk waktu tengahari sahaja. Restoran ini bernama RESTORAN TRIMULA MESRA BBQ SEAFOOD. Restoran ini amat famous di pekan kuah dan banyak penduduk tempatan yang berada di Langkawi akan menjamu selera tengahari disini. Manakala harganya pula amatlah berpatutan dan boleh dikatakan diantara yang termurah di pekan kuah.


Banyak jenis lauk pauk di hidangkan disini diantaranya ikan bakar,ayam bakar, gulai ikan,ulam-ulaman, asam pedas, sambal sotong,sambal belacan,ayam goreng, sup tulang dan daging,dan bermacam lagi yang tak mampu saya sebutkan... bak kata semuanya ada disini. Restoran ini bersebelahan dengan Poliklinik Perdana di pekan kuah dan bangunan ini di panggil bangunan Trimula..dulu ini bangunan Pasaraya Kamdar lama..dimana pasaraya Kamdar mula-mula beroperasi di Langkawi.



Lihatlah ikan bakarnya..memang terliur kalau tengok lama-lama...ikan keli pun ada kalau nak makan...ikan keli ni banyak omega dan bagus untuk di makan..saya kalau ikan darat ni..memang layan punya. Difahamkan restoran ini banyak menyediakan ikan air tawar untuk pelanggannya.

Untuk pergi ke restoran ini amat mudah sekali...jika anda daripada Jeti fery...jumpa jer traffic light pertama ambil ke kiri dlm 30 meter jer...anda nampak kedai pancing Barracuda ..ha ..ianya satu baris dengan kedai tu la..kalau tak tahu tanya orang tempatan Poliklinik Perdana Langkawi dimana? nanti mereka akan tunjukkan lah..

Restoran ini pintunya di buka depan dan belakang..kalau anda nak menghadap laut bolehlah stay kat belakang dan kalau di depan ni..menghadap ke Restoran Hj.Ali dan bangunan Trimula. Kalau anda nak makan tengahari disini kenalah awal sikit sebolehnya pukul 12 tengahari kerana orang ramai akan memenuhi kedai ini.

Nantikan tempat-tempat makan best dan sedap di Pulau Langkawi yang akan kami syorkan untuk anda semua semasa bercuti di Langkawi hanya bersama Eylizar Homestay Langkawi.

Kalau tak jumpa juga boleh call/sms saya ..insyaallah saya akan cuba membantu..
017-4256796  Pn.Liza