Wednesday, December 11, 2013

Homestay Langkawi-Langkawi Homestay

Homestay Langkawi-Langkawi Homestay, Trend bercuti sekarang sudah berubah kalau dulu pelancong lebih memilih shalet atau motel tapi sekarang boleh dikatakan semuanya memilih Homestay atau apartment sebagai pilihan untuk bercuti. Kalau di lihat trend masyarakat Malaysia dan Singapura sudah banyak membuat tempahan homestay di langkawi dan juga tempat-tempat percutian di seluruh Malaysia. Masih saya ingat semasa kecil semasa saya merantau bersama keluarga pastinya kami akan bermalam dirumah saudara, tapi sekarang masyarakat semua tidak ingin menyusahkan saudara mereka dengan bermalam di rumah mereka.

Kenapa masyarakat sekarang memilih Homestay @ Apartment sebagai pilihan penginapan semasa bercuti?

1-Ianya lebih menjimatkan duit perbelanjaan
2-Boleh menetap dengan jumlah keluarga yang ramai
3-Kemudahan yang lengkap seperti di rumah sendiri
4-Bebas
5-Mempunyai kenderaan pandu sendiri seperti yang di hajati
6-Merapatkan lagi silaturrahim (maksud disini adalah seperti keluarga yang sudah lama tak jumpa dan stay berdekatan satu sama lain) percutian bersama melepas stress setelah bekerja teruk.

Saya bagi perbandingan harga untuk hotel/motel/shalet berbanding dengan Homestay.

1-Hotel/motel/shalet- satu bilik boleh memuatkan 2-3 orang sahaja..harganya boleh menjangkau RM100-300 semlam. Bayangkan kalau anda datang untuk 10 orang..pastinya 3 tau 4 bilik di perlukan...cuba darabkan semuanya pastinya mahal kan? itu tak termasuk laundry dan sebagainya.

Homestay-Satu rumah boleh memuatkan hingga 10-15 orang untuk harga Rm 150-350 semalam. Boleh masak sendiri, aircon juga ada,astro, mesin basuh juga ada dan bermacam lagi...

Jikalau anda datang 2 atau 4 orang amatlah sesuai untuk tinggal di hotel atau pun shalet dan motel. Tujuan saya bukan lah nak promote sangat homestay ni tetapi cuba anda buat kajian sendiri dan rancang perbelanjaan anda. Kalau stay Homestay lebihan duit tu bolehlah buat shopping semasa percutian anda...tak gitu?

Pihak kami iaitu Eylizar Homestay Langkawi akan berusaha untuk menambah baik pulih serta ingin meyediakan service dan kelegkapan setaraf hotel/motel/shalet ..Insyaalah jika sambutan daripada pihak anda semua. Buat masa sekarang Eylizar adalah satu syarikat yang mempunyai rangkaian homestay dan apartment yang banyak di Langkawi. Banyak group-group besar sudah bersama kami seperti minyak sawit malaysia,SADA kedah, PERKEP Sarawak dan bermacam lagi...Kami juga menyediakan bermacam pakej bak kata tu...tanya apa saja insyaallah kami akan aturkan untuk anda....

Beritahu dan berbincang dengan kami...pihak kami akan aturkan untuk percutian anda....

Senang Kan?

Semua Travel Agent di seluruh Malaysia sekarang sedang mencari homestay dan Apartment untuk customer mereka...Pihak Eylizar juga akan mengundang para blogger di seluruh Malaysia dan juga Travel Agent untuk datang melihat sendiri apa yang saya maksudkan iaitu homestay langkawi @ langkawi homestay di mata pelancong sekarang.