Wednesday, December 18, 2013

Dimana Tempat Shopping Murah di Langkawi?

Dimana Tempat Shopping Murah di Langkawi? Perkara ni memang wajib bila kita pergi bercuti atau melancong ke tempat percutian. Jadi disini saya nak cerita sikit tempat-tempat yang boleh anda shopping di Langkawi ini terutamanya tempat yang agak murah dan selalu di kunjungi Pelancong semasa bercuti di Pulau langkawi,Malaysia.

Pulau langkawi ni adalah salah satu Pulau yang Bebas cukai atau Duty Free dan barang-barang semestinya murah berbanding di Tanah Besar Semenanjung. Untuk aktiviti shopping ni selalunya di pelopori oleh Golongan Wanita, jadi dah menjadi satu tradisi wanita ni memang suka shopping dan bagi yang lelaki atau golongan Bapa-bapa ni tolong escort jer.

Salah satu tempat shopping terkenal adalah Komplek Duty Free Haji Ismail Group atau HIG. Lokasi HIG adalah di dalam kawasan Pekan Kuah iaitu Pusat Bandar Langkawi. HIG mempunyai banyak kedai di dalam kawasan pekan kuah. Salah satu bangunan yang terbesar adalah berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Langkawi. HIG menawarkan barang-barang seperti set pinggan mangkuk, sudu dan garpu,kain batik dan pelikat, coklat murah berbagai jenama,kain baju, berbagai jenis bag dan bermacam lagi. HIG juga famous dengan produk seperti coklat dan salah satu kedainya di pekan Kuah hanya menjual coklat sahaja.

Satu lagi tempat shopping yang terkenal juga adalah Komlek membeli belah bebas cukai iaitu Idaman Suri.
Lokasinya adalah berdektan dengan Taman Intan Langkawi.Bangunannya tiga tingkat dan berwarna Kuning, hanya di bahagian bawahnya sahaja untuk shopping.Ianya juga menawarkan barang-barang seperti Set pinggan Mangkuk,set sudu garpu,Kain tuala,coklat,kain pelikat dan batik.

Jadi anda bolehlah membuat pilihan samaada pergi kedua-dua komplek ini. Selain itu ada juga tempat shopping yang lain seperti Langkawi Saga,CoCo Valley,Teow Soon Huat, Langkawi Fair,Kamdar dan Borong Sakan.

Jika anda nak mencari T-shirt Langkawi yang murah-murah cari saja di pekan kuah di situ boleh dapat 3 helai 10-15 ringgit sahaja. Kalau malam ni boleh shopping di Up Town langkawi iaitu berhadapan Hotel Bayview Langkawi..kat situ banyak kedai-kedai yang ada jual baju-baju yang murah-murah.

Jadi rancanglah tempat shopping anda semasa di Pulau langkawi.