Wednesday, December 11, 2013

Bawa Kenderaan Sendiri Ke Pulau Langkawi



Anda bercadang untuk membawa kenderaan anda sendiri ke Pulau Langkawi, Malaysia? Jika begitu anda boleh melakukannya dengan amat mudah sekali. Perkhidmatan ferry My Ro Ro memberikan perkhidmtan terbaik dengan menyediakan ferry untuk anda membawa kenderaan bersama penumpang sekali dan ianya hanya mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan ke pulau langkawi....senang kan?

Sebelum anda membawa kederaan anda memasuki Pulau langkawi anda semestinya menyemak dahulu jadual perjalanan ferry RoRo ini. Ferry ini hanya menyediakan trip yang agak limited kerana di sebabkan oleh pasang surut air di Jetty Kuala Perlis, jikalau air surut ferry tersebut tidak boleh memasuki jetty Kuala perlis untuk berlabuh. Jadi anda perlu menyemak jadual yang disediakan oleh pihak pengurusan ferry Ro Ro samaada anda menelepon terus ke pejabat mereka atau pun melayari website mereka pada link yang saya sediakan di bawah.

Ferry ini boleh memuatkan hingga ke 40 buah kenderaan satu-satu masa. Dan jika anda hendak membawa keluarga anda bersama pun boleh tetapi bayaran tambahan akan dikenakan.

Klik sini untuk melihat jadual perjalanan feri ini yang di update setiap bulan : MY RORO FERI