Saturday, December 14, 2013

Ada Ferry Bawa Kenderaan Ke Langkawi Dengan Penumpang Ka?



Ya sememangnya ada. Ferry Langkawi Roro adalah satu-satunya syarikat ferry yang membawa kenderaan daripada Kuala Perlis ke Pulau Langkawi. Ianya baru saja beroperasi dan mendapat sambutan yang amat tinggi di kalangan pelancong dan juga penduduk tempatan.

Ferry Langkawi RoRo ini boleh membawa kira-kira 40 buah kenderaan untuk satu tripnya. Jadi anda bolehlah menggunakan perkhidmatan ini kerana ianya boleh memuatkan kenderaan dan juga penumpang dimasa yang sama. Seperti yang difahamkan charge yang dikenakan hanyalah untuk kenderaan tersebut dan juga pemandu jadi jika keluarga anda ingin mengikuti sama trip perjalanan ini hendaklah membayar tambang berasingan. Ferry Langkawi RoRo ini hanya beroperasi untuk 2 trip sahaja satu hari, saru trip daripada Pulau Langkawi  ke Kuala Perlis dan satu trip lagi daripada Kuala Perlis Ke Pulau Langkawi.

Jikalau anda bercadang untuk membawa kenderaan daripada Tanah Besar ke Pulau Langkawi Seeloknya hendaklah menghubungi dulu syarikat berkenaan serta menyemak jadual berlepas daripada Syarikat Ferry Langkawi RoRo kerana ianya bergantung kepada air pasang surut kerana difahamkan bahawa sekiranya air surut di Kuala Perlis, Ferry Langkawi RoRo tidak dapat berlabuh.

Untuk menyemak Jadual serta membuat tempahan sila klik (FERRY LANGKAWI RORO)

Selamat bercuti di Langkawi dengan kemudahan yang disediakan ini.